Infinity Downline ni Sistem Matrik Merapu aka Sistem Piramid ke?

assalamualaikum dan hai semua

ok disebabkan kat fesbuk aku ni sana sini org duk cite program infinity downline yang dikatakan memberi passive income maka aku try la searching ape kebenda la tu kan..seperti biasa aku akan jadikan forum kesukaan aku CG sebagai tempat info mencari tentang program sebegini.

Kesimpulan yang aku dapat secara rambang ID atau infinity downline ni tak ubah seperti sistem matrik merapu yang pernah aku kenal..aku akui dulu masa tahun 2005-2006 aku ade join prog HYIP,autosurf n beberapa prog sistem binary,matrik sebegini(time tu mmg tk byk info leh dpt pasal benda alah ni semua),since 2007 aku byk gode sendiri and mula sedar ade sesetengah prog tu jenis sistem merapu aka ponzi style,org malaysia terutama melayu mmg suka giler join program sebegini..sebab ape?
golongan umur 20an-40an majoriti kat malaysia ni dah celik IT dan tengah ghairah nak cari income (macam aku dulu2 main join je tambah2 kalau prog tu masih ‘panas’ dipasaran malaysia),prog yang menggunakan sistem sebegini sangat untung jika anda menjadi yang terawal,kadang2 tanpa sedar kita akan berkata “lantak la orang lain,asalkan aku sorang dpt cpt2 pulang modal sudah”-kes penting diri la ni..golongan orang yang desperate nak dapat income cepat,“aku nak kaya,goyang kaki duk umah,takyah susah2 keje”-(ayat ni aku selalu gak guna tapi kena ingat duit yg dtg dr income dgn cara yg tidak pasti sumber nye akan jatuh apa hukum nye kawan2?kalau sumber pasti mana dtg,tiada keraguan bole la teruskan)

So bila ini terjadi,kita akan ghairah nak promote sampaikan kita spam dlm email,dalam ym.kenapa di pangey INFINITY FACEBOOK sebab sakng ni fesbuk ni tgh menjadi kegilaan ramai kat malaysia,ko join ape and promote giler2 kat sini mmg akan berkembang dengan cptnye..networking bagus kat fesbuk.

FAKTA yang aku jumpa:

1-memang la dia ada produk iaitu software ribuan ringgit dan kita jadi master reseller (bg aku ni hanya taktik jek)

2-web international nama – INFINITY DOWNLINE , infinitydownline.com (web in english so susah sket nak masuk market org melayu)

3-maka aku search terjumpa team ID ni kat malaysia dimana diaorg create web dalam BM ada autoresponder,autodownlines,randomizer (still porg yang sama) iaitu – Kuasa100.com ..team ni tgh duk berkembang gak ni..kalau dulu prog sebegini kita kena byr admin fees (mmg kaya raya beb admin program2 yg mcm ni) tp ID ni takde admin fees..keje korang promote promote dan promote.

secara kasar info tentang program ID:

-modal : RM100 ( 25 USD)

-setiap direct tajaan (POWERLINE) kecuali kaki ke-2 dan ke-4 anda dapat RM100 terus ke akaun

-setiap kaki 2 dan 4 dari POWERLINE anda dapat RM100 terus ke akaun

-perkara ini berlanjutan hingga infiniti (melintang dan menegak)

**pendapat Nazha = orang yang selalu duk promote akan cpt pulang modal n byk dpt income..bila sampai satu tahap dah tepu..orang yg lambat join akan nganga mulut n garu kepala..huhuhu..

ni senarai program2 yang dikenal pasti kat malaysia ni menggunakan sistem matrik merapu:

- amaljariah.net
- surerich.net
- binajutawan.biz
- dana2u.com
- smartinvest4u.com
- cb2u.net
- e-wallet2u.net
- myhomebiz2u.net
- penawar4u.com

ekceli sebenarnye ikut pada selera masing2 nak jana,nak kembang kan duit macam mana..kadang2 tu kite dah sedar tp masih ade yang nak jugak join so tak bole nak buat ape2 la..masing2 punya hal.

yang sedeynye bila diaorang ni kadang2 ade yang guna nama Islam la..ada yang kata ni sistem kutu,sumbangan ikhlas la,tapi kalau korang yang arif lagi bijak pandai ni pi search n baca hukum fiqh cmne,aku nak terang panjang lebar pasal hukum mmg tak pakar la,so sama2 kite bole bincang and pelajari..hehe

Tapi bukan nak cakap ape la..sistem yang macam ni la yang ramai org duk terkejar-kejar join..walaupun apa pun nama sistem nye..pendekatan nye tetap sama..bagi aku masih sistem matrik merapu..Matrik merapu ni macam skim piramid kan?….berapa orang kene cari orang untuk setiap level yang ada?
kita amik contoh, katakan orang yang baru join kene cari 5 orang di bawah dia..dan sistem tu diduplikasi oleh orang2 seterusnya..lebih kurang mcm ni la….cth yg aku download dr ID dia cite pasal power of 4,kena cari 4org dlm seminggu,2 bg kt sponsor atas,2 kite dpt,then duplikasi je tp masih sama step pengiraan kat bawah ni:

Level 1:5
Level 2:5 X 5 = 25
Level 3:5 X 5 X 5 = 125
Level 4:5 X 5 X 5 X 5 = 625
Level 5:5 X 5 X 5 X 5 X 5= 3,125
Level 6:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 = 15,625
Level 7:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 = 78,125
Level 8:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 X 5 = 390,625
Level 9:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 = 1,953,125
Level 10:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 = 9,765,625
Level 11:5 X 5 X 5 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 X 5 = 48,828,125 <—–48.8 juta orang!

level 11 cecah 48.8 juta orang…kalo orang tu sampai lagi level seterusnye,let say satu dunia populasi ade 100 juta,bila dah sampai tahap tepu,takde orang dah yang bole join coz semua dah join…sebab tu la benda ni jatuh hukum haram, sistem piramid sebab berunsurkan penindasan…takde produk yang diniagakan, kalo ada pun sebagai dummy je untk syarat supaya adanya proses jual beli…

Kat luar negara program sebegini mmg meluas dan berlambak.

Ni hanya review pendapat personal dari aku.apa pulak pendapat korang?jom sharing is caring :D

**thanks to author Shamsuriyadi yang ade bercerita ttg topik n give credit to my link..

Nazha With Love:

Recent Entries

15 Responses to “Infinity Downline ni Sistem Matrik Merapu aka Sistem Piramid ke?”

  1. Infinity Downline Haram? | Teknik Menjana Pendapatan Produk Fizikal & Digital Says:

    [...] kredit kepada Nazhasecret.com [...]

  2. Mata Hati Says:

    salam,

    awak, saya copy sikit entry awk ni kat blog saya. nak bagi kesedaran kat org lain bertapa Infinity Downline program yg tak betul.

    [Reply]

    NazhaSecret Reply:

    wsalam..no prob mata hati

    [Reply]

  3. rai Says:

    aku suka sangat dgn karangan di atas..hehehe…

    [Reply]

    NazhaSecret Reply:

    karangan plk dh..huhuhu..memcm le hai

    [Reply]

  4. aras63 Says:

    Syabas. info yg menarik. Ni klu publish kat FB, mau berasap… :-)

    [Reply]

    NazhaSecret Reply:

    dh publish kt my FB notes…impaknye org duk pm dan siap ade yg warning jgn jaga tepi kain depa..hehhe

    [Reply]

  5. bobemo Says:

    good entry.. kita patut kongsi bersama hal ini supaya kita tak terlalu taksuf dgn benda2 mcm nie.. sama2 kita berusaha mendapat pendapatan dgn titik peluh kita sendiri daripada mengharapkan duit jatuh dari langit.. insyaAllah

    [Reply]

    NazhaSecret Reply:

    thanks bobemo..amin

    [Reply]

  6. jai Says:

    bkn nk pertikat juz nk kongsi…knape tepu?manusia dkt muka bumi sume mati ker??bkn kah manusia beranak pinak??

    [Reply]

    NazhaSecret Reply:

    kenapa tepu ek?hehe..ok en jai kena kaji pasal sistem matrik merapu atau sistem piramid sebegini,

    bila sampai satu tahap di mana semua org join dan market menjadi slow – dgn erti kata lain prog sebegini bergantung pada jumlah peserta yang join..kalau sampai satu tahap semua org dh join..so orang yg terakhir join tu tak berjaya cari orang utk join maka mereka akan rugi,nganga je la tak dpt apa2..bila jadi macam ni,sistem sebegini menindas org bawah2..skang mmg la tk terasa sbb masih hangat lg kan..ade yg ckp prog sebegini serupa dgn konsep money game yg mmg tgh berleluasa..sama2 la cari info lg

    [Reply]

    AmboAzhan Reply:

    Salam Nazha. Sebab itulah, nak join sesuatu program, kenalah buat kaji selidik terlebih dahulu. Sedangkan, orang yang celik nak beli sesebuah buku fizikal ataupun e-book pun buat kaji selidik, apatah lagi program yang SCAM seperti topik di atas.

    Sebab itu jugalah forum-forum seperti CariGold, WangCyber dan lain-lain wujud. Tujuannya untuk menyedarkan masyarakat kita supaya lebih berhati-hati dalam menjoin sesuatu program. Jika program tersebut hanyalah head-hunting semata-mata, maka tepulah ia dalam satu jangka masa yang amat singkat.

    [Reply]

    NazhaSecret Reply:

    wsalam azhan

    thanks drop by here..yerp skng mmg forum2 tu sy jadikan rujukan utk dpt info ttg sesuatu prog..tp org kite walaupun diberikan segunung info jrg yg akan sedar serta merta malah akan dikata kite dengki,kite ni cuba nk tutup periuk diaorg la..sy pun tak reti nk kata ape dah,dikatakan penyebar fitnah la..mcm2 hal.

  7. Realiti Sebenar Infinity Downline Dan Pemasaran Facebook Says:

    [...] Nasha Secret – Tokei pelbagai produk especially yang related dengan kesihatan [...]

  8. BAGAK Says:

    orang kita memang mudah tertipu bila nampak duit

    bila kita nasihat, melenting pulak sebab tutup peluang rezeki (kononnya)

    [Reply]

Leave a Reply